Tuesday, November 13, 2012

UP DATE dirimu!!



Assalamualaikum, di malam yang hening bertemankan adik kecik yang sedang belajar kerana final exam bakal berlangsung tak lama lagi...diikuti rentak perut yang berkumandang memintak sesuatu untuk diisi.
 ( tapi tak dilayan kerana nady kz sedang berdiet)..sekian...hahaha

Coretan kali ini lebih kepada muhasabah diri. Sememangnya kita manusia perlu kenal apa itu erti " MUHASAB DIRI".. agar kita tidak terleka dengan kealpaan yang sering menjadi teman hidup kita. Pada hari ini mendapat satu pengisian yang cukup memberi kesan dalam hati.. Ceramah itu sangat ringkas tapi isinya cukup padat!!

Pengisian pertama yang diperoleh: " Apabila kita hamba menadah tangan dan bermohon sesuatu yang kita sukai, memohon sesuatu yang kita cintai, tetapi ALLAH SWT tidak memakbulkan permintaan itu, jangan la kita bersedih hati dan mudah berputus asa, ini kerana sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui bahawa perkara yang kita ingini itu sebenarnya tidak baik untuk kita.

Sebab itu adik-adik diluar sana, akak nak cakap sikit..seandainya ALLAH SWT tidak memakbulkan pemintaan kita, jangan la kita meletakkan bahawa ALLAH SWT itu kejam. TIDAK!! itu andaian yang salah adik-adik..Mungkin juga ALLAH SWT hendak mendengar lebih rintihan kita dengan penuh pengharapan kepadanya...

Pengisian kedua : " Apabila kamu hendak melakukan perubahan terhadap diri kamu, jangan la kamu berubah kerana seseorang iaitu selain ALLAH SWT, ini kerana perubahan itu tidak akan kekal lama dan berkekalan, tetapi jika perubahan itu kerana ALLAW SWT , insyaallah..ia akan terus kekal."

Apa pom sebenarnya, betulkan la nawaitu kita yang kadang kala sering meninggalkan ALLAH SWT dibelakang dalam setiap niat. Kita inginkan sesuatu dan niat kita ingin ia menjadi milik kita tetapi kita meninggalkan perkara utama dalam niat itu hanya kerana ALLAH SWT..Oleh itu, mari kita sama-sama dalam meng"UP DATE" diri kita dan sentiasa mencuri masa untuk mendengar taskirah atau ceramah yang membimbing kita menuju ke arah kebaikan..InsyaAllah..



                                                  Senyum kerana itu bahagia