Thursday, August 30, 2012

Kisah Katak

Apabila aku terbaca kisah katak ini, aku merasakan ia merupakan satu kisah yang boleh memberi motivasi kepada sesiapa sahaja..tak kira usia, sama ada muda, tua atau bakal tua...semua boleh mengambil kisah katak ini sebagai iktibar yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita...=)



                                       nama katak ini ialah katak...sekian..


Tersebut lah al-kisah disebuah perigi yang tak berapa buta.....

"Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Kawan mereka melihat sedalam mana pegiri tersebut dan ternyata pegiri itu terlalu dalam. Pantas sepakat, mereka tidak mempunyai harapan.

"kamu tawakal sahaja la, mungkin itu nasib kamu!", jerit katak dari atas kepada dua ekor katak yang berada di dalam perigi tersebut.

"kami pom tidak tahu bagaimana hendak membantu kamu keluar dari perigi ini" kata katak lain.

"Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Inilah padahnya tidak berhati-hati. kalau lah kamu betul-betul semasa melompat takkan jadi tragedi ini!" tambah katak yang lain

Namun kedua-dua ekor katak yang berada di dalam perigi itu tetap berusaha untuk naik ke atas dengan melompat. tetapi masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti. Tenaganya semakin hilang. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberansangkan dari atas.

Tidak lama kemudian ,katak tersebut pom mati. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.

"Melihat kawannya yang telah mati, katak yang seekor lagi ini meneruskan usahanya melompat.

"Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati?" kamu pom nanti akan menyusul sama!". Simpan saja tenaga kamu. Mmebazir je kamu melompat-lompat.

"Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? kami akan bawakan."

Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub dengan melihat apa yang berlaku, seekor katak bertanya kepada katak tersebut. "Kenapa kamu tetap melompat walaupom kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?"

"Sebenarnya telinga saya kurang mendengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya melihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi kata-kata semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha kerana tidak mahu mengecewakan kamu semua."

PENGAJARAN : you're what you think. Biar apa pom berlaku, semangat yang kuat dalam diri sangat penting..biar pom perkataan negative sering kita dengari untuk menjatuhkan kita tetapi ingat dengan semangat yang kuat dari dalam diri mampu untuk menghilangkan yang negative itu.

p/s: kisah ini saya simpan lama sepanjang saya belajar di uitm dulu..daripada kisah ini lah saya pegang bila ada kata-kata negative yang boleh menjatuhkan semangat saya sewaktu belajar dulu...apabila saya sedih dengan kegagalan yang saya hadapi.. saya sering menepuk bahu saya dan berkata..."nadiah!! kuatt!! jangan lemah!! semangat kau kena tinggi"...alhamdulillah..walaupom beberapa kegagalan yang saya hadapi sepanjang pengajian degree saya tetapi akhirnya dengan semangat dalam diri ini membolehkan saya menamatkan pengajian mengikut tempohnya...alhamdulillah...=)

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya 2012!!

Assalamualaikum, tuan rumah membuka bicara dengan mendahulukan salam dan diiringi dengan selamat pagi coz sekarang jam tuan tanah menunjukkan pukul 2.00 pagi....memandangkan mata ini tak mau telelap...dengan tangan yang duk mengaru-garu gatal nak menulis dari tadi..satu entry berjaya disiapkan...hohoiiiii...bangga tuan tanah...!! haha...

Sudah seminggu ke dua minggu rasanya kot raya telah berlalu...dengan kesungguhan di bulan ramadhan...dengan keazaman inginkan yang terbaik dalam bulan puasa untuk sebulan...HARI RAYA menandakan tanda kemenangan buat kita...tahniah bagi sesiapa yang berpuasa penuh..dan tahniah juga yang tidak berpuasa penuh bagi perempuan sahaja...paham-paham sendiri la maksud tuan tanah ni...bagi yang lelaki pulak..kalau anda puasa tak penuh...errmmm..macam pelik je lelaki puasa tak penuh...kecuali ada sebab-sebab tertentu..pondan puasa penuh tak?? *tetiba petanyaan itu menerpa....maap!




yeah!!! ini gambar penuh family tuan tanah dengan kegembiraan yang terpancar di muka masing-masing..dengan beberapa aksi yang menarik...lentok sana dan lentok sini...gambar ini terhasil juga...terima kasih kepada si tukang ambik gambar dan tukang edit gambar...beta amat menghargainya...TQ2!!

p/s: TQ juga kepada si doremon saya (azim) kerana dengan keberanian anda memegang kepala tuan tanah!! ceeiiitttt...

disamping itu juga, tuan tanah selitkan sedikit sebanyak gambar-gambar yang berjaya dihasilkan pada hari raya 2012...oopppsss...sebelum itu, tuan tanah ingin membuat pengumuman yang pada raya tahun ini, tuan tanah beraya di melaka...kampung belah mak (PUAN AZIZAH) hehehe...kami memberi gelaran kepada keluarga besar ini sebagai "KELUARGA LEBAH"....haaaaa~ tentu korang pelikkan kenapa kami digelar keluarga lebah...ini kerana.......






p/s: nak tahu jawapan..sila berjumpa dengan tuan tanah atau anda boleh menghubungi talian ini...014..tekan-tekan...tuuttt tuuuttt tuuttt...tak dapat..harap maklum..=)



Dengan ini saya mengemukakan beberapa keping gambar yang terhasil......pppooottttt.....





ini hanya sebahagian sahaja sepupu sepapat yang ada di pagi raya itu....kalau nak diikutkan jumlah yang sebenarnya...sepupu tuan tanah ada 80 orang ramainya...kalau semua ada...comfrem tak muat nak masuk dalam kamare..hahaha...



haaaa~ yang ini adik-beradik tuan tanah...kami memilih tema jubah pada raya tahun ini ...kelihatan warna-warni di aidilfitri...meriah je rasa...@_____@ hahaha...



ini adalah family pak ngah...yang ini sebahagian sahaja dari keluarga beliau..kerana anak-anak dia yang lain sudah mendirikan rumah tangga...and of course la beraya di rumah mak mertua masing2..hehehe


ini pulak..family pak uda...ermmmm...ramaikan..boleh buat pasukan bola ni...tak cukup..boleh tambah orang...hahaha



  pak itam gelaran diberi..bukan sebab dia gelap macam bontot kuali ke apa...cuma memang itu gelarannya dari azali...tak boleh diubah-ubah..kalau diubah ..boleh diibaratkan mengubah tradisi keluarga lebah...boleh kena sengat tau..jangan main-main...huhuhu


 haaaa~ yang ini family mak dik...mak dik saya ini memang perasan muda...saya tak tipu..beliau sudah berumur sebenarnya tetapi mukanya yang cute dan comey (kena puji sikit, kang satgi kena tekeh pale dengan dia kang) hahaha... membuatkannya seperti muda semula jadi....dah2..penat nak puji lebih-lebih...kembang hidung mak dik kang... *berdarah hidung nadiah...hahaha


  yang ini pulak..family mak bibik...cuba teka..bibik saya yang mana satu...yang merah kah?? yang kuning kah?? atau yang ungu kah?? korang pilih je la yang mana satu...jenuh aku nak menunggu jawapan korang....haha


yang senyum-senyum ni..pak lang's family....haaaaa~ semua sihat-sihat dan cubby-cubby bambam comeynya...hahaha...keluarga pak lang memang sihat-sihat...nanti kita dapatkan tip-tip kesihatan dari mereka yea...hahahaha *memang nady kz mencari nahas dengan mak lang beliau...=p






sesudah itu..tuan tanah tunjukkan pulak suasana hening di pagi raya dalam rumah PUAN MAHAWA (nenek tuan tanah) hahah..jeng--jeng-jeng..............

suasana hari raya...yang begitu syahdu disulami air mata...siap ada yang bawak tuala napkin anak untuk kesat hingus....*sesiapa jangan terasa..hahaha...kemeriahan dan kegembiraan tetap terasa dengan jayanya...

p/s: tahun ini tuan tanah tak menagis macam tahun-tahun lepas...tak tahu kenapa..maybe kolam air mata dah kering kot..yela..menagis duk buat final year project for my degree...yeahhhh!!!!!! haha









Dikesempatan ini, tuan tanah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua kenalan dan taulan...kepada yang tidak dikenali juga...semuanya!!!!!!!! gembira-gembira...dan ceria-ceria selalu...!!!!!!!!!!!!! =D




tapi sebagai manusia..tuan tanah bukan lah sempurna..hahaha...bila dah siap entry baru, tuan tanah post la link tu kat facebook untuk tatapan sahabat, sedara mara..tetiba...ada la satu komen yang menyentap jiwa....




p/s: sila baca tulisan berwarna kuning...hahahaha






rupa-rupanya mak dak's family punye picture tetinggal la....hahaha..so sweet...kuning warna diraja pilihan hati...seperti kata adik ku "sesiapa yang ada penyakit kuning, diminta jauh"...bahaya katanya..wahahahaha.... =p