Friday, December 7, 2012



Alhamdulillah, pada tanggal 28/11/2012 merupakan tarikh keramat apabila aku OFFICIALLY GRADUATE  for my degree!!! hoorayyy... Perjuangan 4 tahun ini bermula dari usia setahun jagung ( tak de la jagung sangat)..haha.. =') happy sangat ...ssoootttttttttttttt (sambil mengelap hidung yang berair) ...hehehe

Apa-apa pom syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT yang memberikan kejayaan ini, family yang tidak putus-putus menjadi pendorong, lecture yang sentiasa memberi tunjuk ajar, kawan-kawan seperjuangan... =')

kalau nak diikutkan, mula-mula aku belajar degree ini dulu, aku tak minat sangat kos nie...dalam kepala aku duk pikir, kenapa la dapat kos ni, sebab apa dapat kos ni, aku boleh bawak ke kos ni, boleh grad ke aku dalam masa 4 tahun ni... (semua persoalan ini terkeluar semasa aku start belajar)...

Tapi bila difikirkan balik, sebenarnya kalau kita YAKIN kita mampu, insha ALLAH semuanya boleh..asalkan keyakinan dan usaha bersungguh-sungguh. (tapi aku tak de la rajin sangat) hahaha...
sebenarnya banyak perkara yang aku belajar sepanjang tempoh pengajian ni...antaranya:

1) aku menjadi matang (tapi ramai yang cakap aku tak matang...pelik bin ajaib)
2) aku pandai uruskan segala urusan dengan sendiri..(x mengharapkan mak ayah sangat)
3) aku lebih yakin apabila bercakap dengan orang ramai (selalu kena present work dalam kelas)
4) Mengenali banyak kenalan dan sahabat ( mengajar aku apa itu erti persahabatan)
5) bla bla bla bla bla

sebenarnya banyak lagi nak taip..tapi memandangkan aku guna internet library..terpaksa la aku taip cepat sikit because library bakal tutup tak lama lagi...hahahaha

antara banyak kata-kata yang aku masih ingat ialah kata-kata guru sekolah menengah aku

"kalau awak anggap sekolah menengah ini awak rasa dah cukup pengalaman, awak silap..bila awak masuk universiti nanti lagi banyak jenis ragam manusia awak akan jumpa, semua jenis manusia awak akan jumpa, banyak cabaran besar awak akan jumpa"

sekarang memang aku mengakui benda ini...di universiti ini lah korang boleh belajar banyak benda....kalau korang silap langkah, lagi-lagi silap pilih kawan...alamatnya tak graduate la....hehehe

Alhamdulillah, apabila dah graduate degree ini aku meneruskan perjalanan hidup ini dengan mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam sarjana pula....harap-harap setahun setengah lagi aku boleh melengkapkan sarjana aku dengan jayanya..insha ALLAH...yang paling penting, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai kehidupan di alam universiti...banyak kenangan pahit, manis, masin dan tawar dalam setiap langkah perjuangan.... aku rindukan zaman degree dulu...tapi apakan daya...langkah hidup kena teruskan..jangan pandang belakang congkak...eh, silap taip..jangan pandang belakang lagi...ini kerana~

"ORANG YANG BERJAYA AKAN SENTIASA BERGERAK KE HADAPAN TANPA MEMUSING ATAU MELIHAT KEBELAKANG!!!!"




dan yang paling manis sekali saat ini...aku "berkonvo dengan adik kesayangan"...kami officially graduate degree pada tahun yang sama" alhamdulillah...apa yang aku harapkan agar mak dan ayah gembira dengan kejayaan kami ini..."kebahagiaan mak ayah adalah kebahagiaan kami juga" ssooottttttttttttttt (sambil lap hidung)  =')



ini dia adik tercinta....aku called "Nasiha kz"...TAHNIAH NASIHA KZ & NADY KZ!!!! hehehehe...

Tuesday, November 13, 2012

UP DATE dirimu!!



Assalamualaikum, di malam yang hening bertemankan adik kecik yang sedang belajar kerana final exam bakal berlangsung tak lama lagi...diikuti rentak perut yang berkumandang memintak sesuatu untuk diisi.
 ( tapi tak dilayan kerana nady kz sedang berdiet)..sekian...hahaha

Coretan kali ini lebih kepada muhasabah diri. Sememangnya kita manusia perlu kenal apa itu erti " MUHASAB DIRI".. agar kita tidak terleka dengan kealpaan yang sering menjadi teman hidup kita. Pada hari ini mendapat satu pengisian yang cukup memberi kesan dalam hati.. Ceramah itu sangat ringkas tapi isinya cukup padat!!

Pengisian pertama yang diperoleh: " Apabila kita hamba menadah tangan dan bermohon sesuatu yang kita sukai, memohon sesuatu yang kita cintai, tetapi ALLAH SWT tidak memakbulkan permintaan itu, jangan la kita bersedih hati dan mudah berputus asa, ini kerana sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui bahawa perkara yang kita ingini itu sebenarnya tidak baik untuk kita.

Sebab itu adik-adik diluar sana, akak nak cakap sikit..seandainya ALLAH SWT tidak memakbulkan pemintaan kita, jangan la kita meletakkan bahawa ALLAH SWT itu kejam. TIDAK!! itu andaian yang salah adik-adik..Mungkin juga ALLAH SWT hendak mendengar lebih rintihan kita dengan penuh pengharapan kepadanya...

Pengisian kedua : " Apabila kamu hendak melakukan perubahan terhadap diri kamu, jangan la kamu berubah kerana seseorang iaitu selain ALLAH SWT, ini kerana perubahan itu tidak akan kekal lama dan berkekalan, tetapi jika perubahan itu kerana ALLAW SWT , insyaallah..ia akan terus kekal."

Apa pom sebenarnya, betulkan la nawaitu kita yang kadang kala sering meninggalkan ALLAH SWT dibelakang dalam setiap niat. Kita inginkan sesuatu dan niat kita ingin ia menjadi milik kita tetapi kita meninggalkan perkara utama dalam niat itu hanya kerana ALLAH SWT..Oleh itu, mari kita sama-sama dalam meng"UP DATE" diri kita dan sentiasa mencuri masa untuk mendengar taskirah atau ceramah yang membimbing kita menuju ke arah kebaikan..InsyaAllah..



                                                  Senyum kerana itu bahagia

Thursday, August 30, 2012

Kisah Katak

Apabila aku terbaca kisah katak ini, aku merasakan ia merupakan satu kisah yang boleh memberi motivasi kepada sesiapa sahaja..tak kira usia, sama ada muda, tua atau bakal tua...semua boleh mengambil kisah katak ini sebagai iktibar yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita...=)



                                       nama katak ini ialah katak...sekian..


Tersebut lah al-kisah disebuah perigi yang tak berapa buta.....

"Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Kawan mereka melihat sedalam mana pegiri tersebut dan ternyata pegiri itu terlalu dalam. Pantas sepakat, mereka tidak mempunyai harapan.

"kamu tawakal sahaja la, mungkin itu nasib kamu!", jerit katak dari atas kepada dua ekor katak yang berada di dalam perigi tersebut.

"kami pom tidak tahu bagaimana hendak membantu kamu keluar dari perigi ini" kata katak lain.

"Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Inilah padahnya tidak berhati-hati. kalau lah kamu betul-betul semasa melompat takkan jadi tragedi ini!" tambah katak yang lain

Namun kedua-dua ekor katak yang berada di dalam perigi itu tetap berusaha untuk naik ke atas dengan melompat. tetapi masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti. Tenaganya semakin hilang. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberansangkan dari atas.

Tidak lama kemudian ,katak tersebut pom mati. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.

"Melihat kawannya yang telah mati, katak yang seekor lagi ini meneruskan usahanya melompat.

"Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati?" kamu pom nanti akan menyusul sama!". Simpan saja tenaga kamu. Mmebazir je kamu melompat-lompat.

"Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? kami akan bawakan."

Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub dengan melihat apa yang berlaku, seekor katak bertanya kepada katak tersebut. "Kenapa kamu tetap melompat walaupom kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?"

"Sebenarnya telinga saya kurang mendengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya melihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi kata-kata semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha kerana tidak mahu mengecewakan kamu semua."

PENGAJARAN : you're what you think. Biar apa pom berlaku, semangat yang kuat dalam diri sangat penting..biar pom perkataan negative sering kita dengari untuk menjatuhkan kita tetapi ingat dengan semangat yang kuat dari dalam diri mampu untuk menghilangkan yang negative itu.

p/s: kisah ini saya simpan lama sepanjang saya belajar di uitm dulu..daripada kisah ini lah saya pegang bila ada kata-kata negative yang boleh menjatuhkan semangat saya sewaktu belajar dulu...apabila saya sedih dengan kegagalan yang saya hadapi.. saya sering menepuk bahu saya dan berkata..."nadiah!! kuatt!! jangan lemah!! semangat kau kena tinggi"...alhamdulillah..walaupom beberapa kegagalan yang saya hadapi sepanjang pengajian degree saya tetapi akhirnya dengan semangat dalam diri ini membolehkan saya menamatkan pengajian mengikut tempohnya...alhamdulillah...=)

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya 2012!!

Assalamualaikum, tuan rumah membuka bicara dengan mendahulukan salam dan diiringi dengan selamat pagi coz sekarang jam tuan tanah menunjukkan pukul 2.00 pagi....memandangkan mata ini tak mau telelap...dengan tangan yang duk mengaru-garu gatal nak menulis dari tadi..satu entry berjaya disiapkan...hohoiiiii...bangga tuan tanah...!! haha...

Sudah seminggu ke dua minggu rasanya kot raya telah berlalu...dengan kesungguhan di bulan ramadhan...dengan keazaman inginkan yang terbaik dalam bulan puasa untuk sebulan...HARI RAYA menandakan tanda kemenangan buat kita...tahniah bagi sesiapa yang berpuasa penuh..dan tahniah juga yang tidak berpuasa penuh bagi perempuan sahaja...paham-paham sendiri la maksud tuan tanah ni...bagi yang lelaki pulak..kalau anda puasa tak penuh...errmmm..macam pelik je lelaki puasa tak penuh...kecuali ada sebab-sebab tertentu..pondan puasa penuh tak?? *tetiba petanyaan itu menerpa....maap!




yeah!!! ini gambar penuh family tuan tanah dengan kegembiraan yang terpancar di muka masing-masing..dengan beberapa aksi yang menarik...lentok sana dan lentok sini...gambar ini terhasil juga...terima kasih kepada si tukang ambik gambar dan tukang edit gambar...beta amat menghargainya...TQ2!!

p/s: TQ juga kepada si doremon saya (azim) kerana dengan keberanian anda memegang kepala tuan tanah!! ceeiiitttt...

disamping itu juga, tuan tanah selitkan sedikit sebanyak gambar-gambar yang berjaya dihasilkan pada hari raya 2012...oopppsss...sebelum itu, tuan tanah ingin membuat pengumuman yang pada raya tahun ini, tuan tanah beraya di melaka...kampung belah mak (PUAN AZIZAH) hehehe...kami memberi gelaran kepada keluarga besar ini sebagai "KELUARGA LEBAH"....haaaaa~ tentu korang pelikkan kenapa kami digelar keluarga lebah...ini kerana.......






p/s: nak tahu jawapan..sila berjumpa dengan tuan tanah atau anda boleh menghubungi talian ini...014..tekan-tekan...tuuttt tuuuttt tuuttt...tak dapat..harap maklum..=)



Dengan ini saya mengemukakan beberapa keping gambar yang terhasil......pppooottttt.....





ini hanya sebahagian sahaja sepupu sepapat yang ada di pagi raya itu....kalau nak diikutkan jumlah yang sebenarnya...sepupu tuan tanah ada 80 orang ramainya...kalau semua ada...comfrem tak muat nak masuk dalam kamare..hahaha...



haaaa~ yang ini adik-beradik tuan tanah...kami memilih tema jubah pada raya tahun ini ...kelihatan warna-warni di aidilfitri...meriah je rasa...@_____@ hahaha...



ini adalah family pak ngah...yang ini sebahagian sahaja dari keluarga beliau..kerana anak-anak dia yang lain sudah mendirikan rumah tangga...and of course la beraya di rumah mak mertua masing2..hehehe


ini pulak..family pak uda...ermmmm...ramaikan..boleh buat pasukan bola ni...tak cukup..boleh tambah orang...hahaha



  pak itam gelaran diberi..bukan sebab dia gelap macam bontot kuali ke apa...cuma memang itu gelarannya dari azali...tak boleh diubah-ubah..kalau diubah ..boleh diibaratkan mengubah tradisi keluarga lebah...boleh kena sengat tau..jangan main-main...huhuhu


 haaaa~ yang ini family mak dik...mak dik saya ini memang perasan muda...saya tak tipu..beliau sudah berumur sebenarnya tetapi mukanya yang cute dan comey (kena puji sikit, kang satgi kena tekeh pale dengan dia kang) hahaha... membuatkannya seperti muda semula jadi....dah2..penat nak puji lebih-lebih...kembang hidung mak dik kang... *berdarah hidung nadiah...hahaha


  yang ini pulak..family mak bibik...cuba teka..bibik saya yang mana satu...yang merah kah?? yang kuning kah?? atau yang ungu kah?? korang pilih je la yang mana satu...jenuh aku nak menunggu jawapan korang....haha


yang senyum-senyum ni..pak lang's family....haaaaa~ semua sihat-sihat dan cubby-cubby bambam comeynya...hahaha...keluarga pak lang memang sihat-sihat...nanti kita dapatkan tip-tip kesihatan dari mereka yea...hahahaha *memang nady kz mencari nahas dengan mak lang beliau...=p






sesudah itu..tuan tanah tunjukkan pulak suasana hening di pagi raya dalam rumah PUAN MAHAWA (nenek tuan tanah) hahah..jeng--jeng-jeng..............

suasana hari raya...yang begitu syahdu disulami air mata...siap ada yang bawak tuala napkin anak untuk kesat hingus....*sesiapa jangan terasa..hahaha...kemeriahan dan kegembiraan tetap terasa dengan jayanya...

p/s: tahun ini tuan tanah tak menagis macam tahun-tahun lepas...tak tahu kenapa..maybe kolam air mata dah kering kot..yela..menagis duk buat final year project for my degree...yeahhhh!!!!!! haha









Dikesempatan ini, tuan tanah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua kenalan dan taulan...kepada yang tidak dikenali juga...semuanya!!!!!!!! gembira-gembira...dan ceria-ceria selalu...!!!!!!!!!!!!! =D




tapi sebagai manusia..tuan tanah bukan lah sempurna..hahaha...bila dah siap entry baru, tuan tanah post la link tu kat facebook untuk tatapan sahabat, sedara mara..tetiba...ada la satu komen yang menyentap jiwa....




p/s: sila baca tulisan berwarna kuning...hahahaha






rupa-rupanya mak dak's family punye picture tetinggal la....hahaha..so sweet...kuning warna diraja pilihan hati...seperti kata adik ku "sesiapa yang ada penyakit kuning, diminta jauh"...bahaya katanya..wahahahaha.... =p

Wednesday, June 13, 2012

Hati Ini Bertawakal



Assalamualaikum…pembuka bicara di malam yang hening ini..bersarang sarang nampaknya blog nady kz ini..hahaha…apabila tangan kembali giat menaip sebuah penulisan yang kadang kala tak terlintas dek akal fikiran tentang apa yang bakal dikatakan…sebuah coretan terhasil  pada malam ini…
Mungkin kerana pemikiran bersarang dengan sendiri…dengan tangan laju ingin menaipkan setiap luahan kata yang tak terluah dengan kata-kata ucapan…alhamdulillah…masih lagi diberi kesempatan dan nikmat dalam hidup ini…bersyukur pada MU .. tapi kadang kala, hati ini tiba-tiba terdetik…adakah aku akan mempersia-siakan peluang ini YA ALLAH…apa yang akan aku isi pada hari ini dalam hidupku, apa bakal pengajaran yang bakal aku peroleh ?? Adakah aku bias memperbaiki diri yang alpa dan sering lalai dengan urusan dunia ini..

Ketika aku sibuk memikirkan tentang masa depan yang masih kabur dek pandangan mata hati…ketika aku sibuk menyiapkan diri dengan urusan dunia yang kadang kala memerlukan banyak pengorbanan masa…ketika aku berjalan dalam hidup ini YA ALLAH, aku sering lupa…aku sering lupa yang bahawa hidup ini adalah pinjaman sementara…aku lupa dengan perkataan TAWAKAL …aku sering merancang pelbagai rencana dalam hidup ini dengan harapan semua rencana ini bisa dapat dilaksanakan…
Tetapi yang ALLAH, setiap perancangan hambaMU ini ada cacatnya, ada buruk baiknya…perancangan yang sempurna adalah dari ALLAH juga…. Sebagai hamba, tidak salah kita merancangan tetapi  biarlah pengharapan terhadap rancangan ini diletakkan sepenuhnya kepada ALLAH, supaya apabila perancangan itu tidak dapat dilaksanakan..hati hamba ini tidak akan terluka…hati hamba tetap yakin dengan perancangan terbaik ALLAH dalam hidup ini…

YA ALLAH, terlalu banyak pengalaman dalam hidup ini aku jalani…semoga aku kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran…semoga hati ini aku serahkan bulat tawakalnya kepadaMU…setiap perancangan dan langkah kaki ini..biar lah hanya ALLAH yang tetapkan sesungguhnya aku tidak layak untuk merancang sesempurnanya….biarlah hati ini berkata “ YA ALLAH, AKU BERTAWAKAL KEPADAMU DALAM HIDUP INI”…

Sesungguhnya YA ALLAH, hati hambaMU ini sangat percaya dengan tawakal kepada pencipta…jalan hidup ini aku serahkan sebulatnya kepada MU..Tuhan yang maha sempurna perancanganNYA

Tuesday, March 13, 2012

BILA ALLAH MENDUGA KITA....


ASSALAMUALAIKUM, pembuka bicara saya dahulukan...coretan saya pada hari ini bukanlah untuk menceritakan tentang pengalaman dalam hidup saya atau apa-apa tetapi coretan saya pada kali ini lebih kepada ketuhanan...saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada sebuah buku yang bertajuk "APABILA ALLAH MENDUGA KITA"..di dalam buku ini ia terbahagi kepada 3 bab...bab yang pertama "BERPRASANGKA BAIKLAH PADA TUHANMU", bab yang kedua "IMAN TERHADAP TAKDIR" manakala bab yang ketiga "AGAR ANDA SELALU MENANG DAN BAHAGIA"..dalam setiap bab pula ia terbahagi kepada beberapa bahagian dan pecahan lagi...oleh itu, saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya rasa amat berguna dan dapat menjadi panduan kepada kita sebagai seorang hamba...



kita sebagai hamba sememangnya tidak akan pernah dapat lari daripada dugaan dan masalah dalam hidup..tidak akan ada seorang hamba yang terkecuali dari menghadapi masalah dalam kehidupannya. Seperti kata buku yang saya baca ini, hanya satu tempat sahaja yang seorang hamba tidak akan berhadapan dengan masalah iaitu di SYURGA. Masalah juga merupakan "sahabat karib" yang selalu menemani perjalanan hidup kita. Apabila kita ditimpa dengan musibah dan masalah, sebenarnya ia datang dari ALLAH yang ingin memberi "sedikit" ujian kepada seorang hambanya..ia juga boleh di ibaratkan seperti seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan..apabila seseorang pelajar itu tahu akan jalan penyelesaian bagi soalan yang diberi,dia akan dapat menyelesaikan soalan itu dengan tenang dan mudah..sekiranya dia tidak tahu akan jalan penyelesaiannya, oleh itu soalan itu akan menjadi sukar untuk dirinya...berbalik kepada dugaan yang ALLAH berikan kepada kita...sekiranya kita tahu akan "kunci" penyelesaian bagi musibah tersebut, hati kita akan tetap tenang dan tenteram...malah kita tidak takut akan musibah itu kerana kita ada "kunci" penyelesaiannya.."kunci" yang saya maksudkan disini ialah sikap kita sendiri dalam menghadapi musibah itu...bukanlah masalah yang menjadi persoalannya, melainkan sikap kita dalam menghadapinya..


saya memberi satu contoh firman ALLAH tentang ujian kepada hambaNYA:


Firman ALLAH SWT di dalam al-quran:

"dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi ALLAH lah pahala yang besar" (an-Anfaal:28)



Hidup ini umpama dua permukaan syiling, dimana satu permukaan (muka) berupakan dugaan manakala satu lagi permukaan (ekor) merupakan nikmat. Apabila duit syiling ini dilambung ke udara lalu jatuh, kita tidak tahu akan tahu kita dapat muka atau ekor..Ada ketika anda akan mendapat masalah yang tidak menyenangkan tapi pada waktu yang lain pula anda mendapat perkara yang menyeronokkan. Kita tidak akan pernah tahu akan apa yang berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, anda perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan dalaman serta luaran bagi menghadapi sesuatu perkara yang tidak kita jangka berlaku..



Dalam menghadapi musibah atau ujian, kita seharusnya berprasangka baik pada ALLAH, sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang kita (hamba) tidak tahu...Oleh itu, mari kita merenung kembali sedalam-dalamnya apakah wajar untuk kita mempersoalankan apa yang ALLAH telah tetapkan terhadap diri kita, walaupom hal itu menyakitkan kita... Sebenarnya orang yang bijak, dia akan menerima keadaan dan bersikap reda serta berbahagia dengan musibah...sekiranya kita lihat dari sudut positif tentang musibah yang melanda kita, musibah ini sebenarnya memberi kekuatan, pengalaman serta keberanian kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini..maknanya disini, musibah mengajar kita erti hidup yang sebenar. Kita (hamba) juga seharusnya memupukkan sikap "menikmati" kesusahan dalam diri kita..Ini bermaksud dalam sikap kita menikmati kesenangan serta keseronokan hidup, cuba kita imbangkan dengan rasa nikmat dan seronoknya apabila ditimpa musibah..



seorang hamba yang beriman tidak akan pernah menyalahkan takdir apatah lagi ALLAH apabila mendapat musibah, malah dia bersyukur kerana dipilih untuk diberi musibah.Setiap sesuatu yang telah ALLAH tetapkan dalam hidup kita, itu merupakan yang terbaik untuk kita..ALLAH tidak akan pernah mentakdirkan sesuatu yang buruk keatas hambaNYA melainkan untuk memberi kesedaran kepada hambaNYA...sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan zalim pada hamba-hambaNYA....wasalam


p/s: nota ini telah lama saya tulis...saya ingin kongsikan apa yang baik untuk kita semua..=)