Tuesday, March 13, 2012

BILA ALLAH MENDUGA KITA....


ASSALAMUALAIKUM, pembuka bicara saya dahulukan...coretan saya pada hari ini bukanlah untuk menceritakan tentang pengalaman dalam hidup saya atau apa-apa tetapi coretan saya pada kali ini lebih kepada ketuhanan...saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada sebuah buku yang bertajuk "APABILA ALLAH MENDUGA KITA"..di dalam buku ini ia terbahagi kepada 3 bab...bab yang pertama "BERPRASANGKA BAIKLAH PADA TUHANMU", bab yang kedua "IMAN TERHADAP TAKDIR" manakala bab yang ketiga "AGAR ANDA SELALU MENANG DAN BAHAGIA"..dalam setiap bab pula ia terbahagi kepada beberapa bahagian dan pecahan lagi...oleh itu, saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya rasa amat berguna dan dapat menjadi panduan kepada kita sebagai seorang hamba...



kita sebagai hamba sememangnya tidak akan pernah dapat lari daripada dugaan dan masalah dalam hidup..tidak akan ada seorang hamba yang terkecuali dari menghadapi masalah dalam kehidupannya. Seperti kata buku yang saya baca ini, hanya satu tempat sahaja yang seorang hamba tidak akan berhadapan dengan masalah iaitu di SYURGA. Masalah juga merupakan "sahabat karib" yang selalu menemani perjalanan hidup kita. Apabila kita ditimpa dengan musibah dan masalah, sebenarnya ia datang dari ALLAH yang ingin memberi "sedikit" ujian kepada seorang hambanya..ia juga boleh di ibaratkan seperti seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan..apabila seseorang pelajar itu tahu akan jalan penyelesaian bagi soalan yang diberi,dia akan dapat menyelesaikan soalan itu dengan tenang dan mudah..sekiranya dia tidak tahu akan jalan penyelesaiannya, oleh itu soalan itu akan menjadi sukar untuk dirinya...berbalik kepada dugaan yang ALLAH berikan kepada kita...sekiranya kita tahu akan "kunci" penyelesaian bagi musibah tersebut, hati kita akan tetap tenang dan tenteram...malah kita tidak takut akan musibah itu kerana kita ada "kunci" penyelesaiannya.."kunci" yang saya maksudkan disini ialah sikap kita sendiri dalam menghadapi musibah itu...bukanlah masalah yang menjadi persoalannya, melainkan sikap kita dalam menghadapinya..


saya memberi satu contoh firman ALLAH tentang ujian kepada hambaNYA:


Firman ALLAH SWT di dalam al-quran:

"dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi ALLAH lah pahala yang besar" (an-Anfaal:28)



Hidup ini umpama dua permukaan syiling, dimana satu permukaan (muka) berupakan dugaan manakala satu lagi permukaan (ekor) merupakan nikmat. Apabila duit syiling ini dilambung ke udara lalu jatuh, kita tidak tahu akan tahu kita dapat muka atau ekor..Ada ketika anda akan mendapat masalah yang tidak menyenangkan tapi pada waktu yang lain pula anda mendapat perkara yang menyeronokkan. Kita tidak akan pernah tahu akan apa yang berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, anda perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan dalaman serta luaran bagi menghadapi sesuatu perkara yang tidak kita jangka berlaku..



Dalam menghadapi musibah atau ujian, kita seharusnya berprasangka baik pada ALLAH, sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang kita (hamba) tidak tahu...Oleh itu, mari kita merenung kembali sedalam-dalamnya apakah wajar untuk kita mempersoalankan apa yang ALLAH telah tetapkan terhadap diri kita, walaupom hal itu menyakitkan kita... Sebenarnya orang yang bijak, dia akan menerima keadaan dan bersikap reda serta berbahagia dengan musibah...sekiranya kita lihat dari sudut positif tentang musibah yang melanda kita, musibah ini sebenarnya memberi kekuatan, pengalaman serta keberanian kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini..maknanya disini, musibah mengajar kita erti hidup yang sebenar. Kita (hamba) juga seharusnya memupukkan sikap "menikmati" kesusahan dalam diri kita..Ini bermaksud dalam sikap kita menikmati kesenangan serta keseronokan hidup, cuba kita imbangkan dengan rasa nikmat dan seronoknya apabila ditimpa musibah..



seorang hamba yang beriman tidak akan pernah menyalahkan takdir apatah lagi ALLAH apabila mendapat musibah, malah dia bersyukur kerana dipilih untuk diberi musibah.Setiap sesuatu yang telah ALLAH tetapkan dalam hidup kita, itu merupakan yang terbaik untuk kita..ALLAH tidak akan pernah mentakdirkan sesuatu yang buruk keatas hambaNYA melainkan untuk memberi kesedaran kepada hambaNYA...sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan zalim pada hamba-hambaNYA....wasalam


p/s: nota ini telah lama saya tulis...saya ingin kongsikan apa yang baik untuk kita semua..=)



No comments:

Post a Comment