Thursday, August 30, 2012

Kisah Katak

Apabila aku terbaca kisah katak ini, aku merasakan ia merupakan satu kisah yang boleh memberi motivasi kepada sesiapa sahaja..tak kira usia, sama ada muda, tua atau bakal tua...semua boleh mengambil kisah katak ini sebagai iktibar yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita...=)



                                       nama katak ini ialah katak...sekian..


Tersebut lah al-kisah disebuah perigi yang tak berapa buta.....

"Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Kawan mereka melihat sedalam mana pegiri tersebut dan ternyata pegiri itu terlalu dalam. Pantas sepakat, mereka tidak mempunyai harapan.

"kamu tawakal sahaja la, mungkin itu nasib kamu!", jerit katak dari atas kepada dua ekor katak yang berada di dalam perigi tersebut.

"kami pom tidak tahu bagaimana hendak membantu kamu keluar dari perigi ini" kata katak lain.

"Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Inilah padahnya tidak berhati-hati. kalau lah kamu betul-betul semasa melompat takkan jadi tragedi ini!" tambah katak yang lain

Namun kedua-dua ekor katak yang berada di dalam perigi itu tetap berusaha untuk naik ke atas dengan melompat. tetapi masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti. Tenaganya semakin hilang. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberansangkan dari atas.

Tidak lama kemudian ,katak tersebut pom mati. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.

"Melihat kawannya yang telah mati, katak yang seekor lagi ini meneruskan usahanya melompat.

"Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati?" kamu pom nanti akan menyusul sama!". Simpan saja tenaga kamu. Mmebazir je kamu melompat-lompat.

"Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? kami akan bawakan."

Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub dengan melihat apa yang berlaku, seekor katak bertanya kepada katak tersebut. "Kenapa kamu tetap melompat walaupom kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?"

"Sebenarnya telinga saya kurang mendengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya melihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi kata-kata semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha kerana tidak mahu mengecewakan kamu semua."

PENGAJARAN : you're what you think. Biar apa pom berlaku, semangat yang kuat dalam diri sangat penting..biar pom perkataan negative sering kita dengari untuk menjatuhkan kita tetapi ingat dengan semangat yang kuat dari dalam diri mampu untuk menghilangkan yang negative itu.

p/s: kisah ini saya simpan lama sepanjang saya belajar di uitm dulu..daripada kisah ini lah saya pegang bila ada kata-kata negative yang boleh menjatuhkan semangat saya sewaktu belajar dulu...apabila saya sedih dengan kegagalan yang saya hadapi.. saya sering menepuk bahu saya dan berkata..."nadiah!! kuatt!! jangan lemah!! semangat kau kena tinggi"...alhamdulillah..walaupom beberapa kegagalan yang saya hadapi sepanjang pengajian degree saya tetapi akhirnya dengan semangat dalam diri ini membolehkan saya menamatkan pengajian mengikut tempohnya...alhamdulillah...=)

1 comment:

  1. salam. cerita katak ni betul2 beri semangat pada saya dan crew niaga saya. kami ada perniagan kecil. untung bukan juta2 setiap bulan. tapi alhamdulillah mampu bertahan dari 2006 hingga kini. Dalam kata, untung ciput2 tu, biz pun bukan sampai international, ramai sangat yang dok mendengki. dari mula sampai ke hari ni. hari ni saja2, search pasal cerita katak, saya terbuka blog awak. cerita yang very inspiring. terima kasih. saya share kan cerita ni di fb saya. terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete