Friday, December 7, 2012



Alhamdulillah, pada tanggal 28/11/2012 merupakan tarikh keramat apabila aku OFFICIALLY GRADUATE  for my degree!!! hoorayyy... Perjuangan 4 tahun ini bermula dari usia setahun jagung ( tak de la jagung sangat)..haha.. =') happy sangat ...ssoootttttttttttttt (sambil mengelap hidung yang berair) ...hehehe

Apa-apa pom syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT yang memberikan kejayaan ini, family yang tidak putus-putus menjadi pendorong, lecture yang sentiasa memberi tunjuk ajar, kawan-kawan seperjuangan... =')

kalau nak diikutkan, mula-mula aku belajar degree ini dulu, aku tak minat sangat kos nie...dalam kepala aku duk pikir, kenapa la dapat kos ni, sebab apa dapat kos ni, aku boleh bawak ke kos ni, boleh grad ke aku dalam masa 4 tahun ni... (semua persoalan ini terkeluar semasa aku start belajar)...

Tapi bila difikirkan balik, sebenarnya kalau kita YAKIN kita mampu, insha ALLAH semuanya boleh..asalkan keyakinan dan usaha bersungguh-sungguh. (tapi aku tak de la rajin sangat) hahaha...
sebenarnya banyak perkara yang aku belajar sepanjang tempoh pengajian ni...antaranya:

1) aku menjadi matang (tapi ramai yang cakap aku tak matang...pelik bin ajaib)
2) aku pandai uruskan segala urusan dengan sendiri..(x mengharapkan mak ayah sangat)
3) aku lebih yakin apabila bercakap dengan orang ramai (selalu kena present work dalam kelas)
4) Mengenali banyak kenalan dan sahabat ( mengajar aku apa itu erti persahabatan)
5) bla bla bla bla bla

sebenarnya banyak lagi nak taip..tapi memandangkan aku guna internet library..terpaksa la aku taip cepat sikit because library bakal tutup tak lama lagi...hahahaha

antara banyak kata-kata yang aku masih ingat ialah kata-kata guru sekolah menengah aku

"kalau awak anggap sekolah menengah ini awak rasa dah cukup pengalaman, awak silap..bila awak masuk universiti nanti lagi banyak jenis ragam manusia awak akan jumpa, semua jenis manusia awak akan jumpa, banyak cabaran besar awak akan jumpa"

sekarang memang aku mengakui benda ini...di universiti ini lah korang boleh belajar banyak benda....kalau korang silap langkah, lagi-lagi silap pilih kawan...alamatnya tak graduate la....hehehe

Alhamdulillah, apabila dah graduate degree ini aku meneruskan perjalanan hidup ini dengan mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam sarjana pula....harap-harap setahun setengah lagi aku boleh melengkapkan sarjana aku dengan jayanya..insha ALLAH...yang paling penting, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai kehidupan di alam universiti...banyak kenangan pahit, manis, masin dan tawar dalam setiap langkah perjuangan.... aku rindukan zaman degree dulu...tapi apakan daya...langkah hidup kena teruskan..jangan pandang belakang congkak...eh, silap taip..jangan pandang belakang lagi...ini kerana~

"ORANG YANG BERJAYA AKAN SENTIASA BERGERAK KE HADAPAN TANPA MEMUSING ATAU MELIHAT KEBELAKANG!!!!"




dan yang paling manis sekali saat ini...aku "berkonvo dengan adik kesayangan"...kami officially graduate degree pada tahun yang sama" alhamdulillah...apa yang aku harapkan agar mak dan ayah gembira dengan kejayaan kami ini..."kebahagiaan mak ayah adalah kebahagiaan kami juga" ssooottttttttttttttt (sambil lap hidung)  =')



ini dia adik tercinta....aku called "Nasiha kz"...TAHNIAH NASIHA KZ & NADY KZ!!!! hehehehe...

No comments:

Post a Comment