Wednesday, March 13, 2013

Continue Study






gambar ini dipilih kerana beliau hensem..sekian




Assalamualaikum, alhamdulillah masih lagi mampu menaip dengan jari jemari yang dikurniakan ALLAH SWT. Cuma sejak kebelakangan ini jarang menulis, mungkin kesibukan masa dengan membuka buku, menghadap paper exam lagi.... WHAT??? Nady Kz sambung belajar ke?? YUP!! habis degree saya decided untuk sambung ke peringkat sarjana.

But today tujuan menulis ini bukan lah saya nak heboh-heboh kat kome semua yang saya sambung belajar..hehe..but kali ini nak kongsi sedikit sebanyak maklumat kepada korang bagaimana cara kita nak sambung belajar tanpa membebankan keluarga terutama ibu ayah kita!!.. Bila cakap pasal sambung belajar je, ramai parent akan cakap..nope!! kerja dulu, atau nanti-nanti la..duit tak cukup..nak tanggung adik-adik hampa yang belajar lagi, and bla bla bla bla.... betul tak?  kecuali lah kalau korang dari keluarga yang kaya -raya macam ibu bapa no hal nak bagi 10 ribu sebulan kat korang...hahahha..gurau je.

First thing, apa niat atau nawaitu untuk sambung belajar? Biar saya sendiri teka...sebab tak dapat kerja, sebab malas nak fikir keja, sebab saya sayang buku, sebab saya sayang uitm..kalau boleh nak makan minum, tido dan nak tinggal di uitm selama-salamanya...ok!! yang ini melampau...Uitm bukan tempat home stay yea...sekian. Tak kisah la apa pom alasan atau nawaitu korang..terpulanglah pada individu... alasan saya sendiri untuk sambung kerana cita-cita.. saya nak jadi pensyarah.. jurutera tak sebati dengan jiwa..ecehhh...ayat kau...hahaha

OK la...tak payah nak panjang sangat cerita kau semah...terus ke point utama... sebelum itu point utama yang perlu ditekankan, antara kesilapan pelajar yang mempunyai niat untuk sambung adalah...diorng main pakai sambung je..tak tanya dulu ke dengan orang lain atau berbincang dengan pensyarah mengenai pinjaman kewangan ataupom biasiswa yang kita boleh peroleh daripada mana-mana pihak apabila sambung pengajian nanti.

Langkah pertama saya dulu, saya berbincang dengan supervisor final projek masa degree dulu, so dia cadangkan pada saya dan kawan-kawan yang nak sambung mohon BIASISWA MYBRAIN 15, ok..biasiswa ini bukan seperti PTPTN ..Biasiswa ini hanya membiayai yuran pengajian anda sahaja. Ini bermakna anda tidak lagi perlu risau tentang yuran pengajian.. kecuali anda tidak berjaya memohon BIASISWA ini...oleh dengan itu, anda perlu banyak kali fikir nak sambung...hahahaha.. tapi jangan risau... tidak lagi saya dengar pelajar direject pemohonannya oleh pihak Biasiswa ini..semua dapat buat setakat ini. =)

So, setel bab yuran..ada orang boleh tanggung..mak ayah kat rumah boleh senyum lebar...hehehe...siap cakap lagi..sambung la belajar..kalau boleh sampai ke PHD terus...hahahaha...gurau je.. kemudian langkah seterusnya..memandangkan saya dah agak tua tapi tak la bangka lagi..so saya tidak boleh memohon penempatan di hostel uitm...so kena lah cari rumah sewa yang berdekatan dengan universiti... sekarang langkah nak fikir cara mana nak cari duit untuk belanja dan membayar duit sewa rumah... ok!! antara langkah yang saya ambik adalah saya cari lagi sumber yang membolehkan kita memohon. last sekali saya dapat tahu bahawa Yayasan negeri ada menyediakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian...but depent pada negeri masing-masing... ada negeri yang tidak menyediakan. Alhamdulillah dengan pinjaman kewangan ini saya dapat meneruskan pengajian tanpa membebankan mak ayah... =)

Kemudian. mungkin hal ini ramai pelajar yang tidak tahu bahawa pihak uitm ada menyediakan zakat untuk pelajar mereka... seperti saya ..dalam bidang sarjana kami memperoleh 1 ribu untuk satu semesta...so, kalau dah tahu..pegi mohon ramai-ramai..tapi duit zakat bukan untuk berjoli!! bukan untuk berseronok.!! duit itu guna sebaiknya untuk belajar...takut kita tidak mendapat berkat kalau kita ambik mudah tentang perkara ini....paham!! berkat sangat penting ketika belajar..kalau tak berkat..kejayaan susah nak hampir dengan kita!!

sebelum itu untuk pengetahuan korang zakat negeri juga ada menyediakan bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan...cuma korang kena tanya tempat korang ada tak zakat negeri menyediakan bantuan kewangan seperti ini...kalau negeri sembilan..mereka ada menyediakan... =)


selain itu pihak uitm ada menyediakan perkhidmatan seperti UPTA...asistant lecture..sebulan 600 dapat..ok la tu untuk tampung hidup dalam sebulan...yela.. yuran biasiswa mybrain bayar...600 tu buat belaja nak makan apa..paling jimat..jangan malas...masak kat rumah...jimat sangat!!! pape pom yang penting mengurus wang sangat perlu dan kena bijak!!!!! pelajar yang bijak menguruskan kewangan mereka...masa last sem pom dalam akauan ada duit lagi...serius...sila cuba....hahaha

Kalau semua di atas korang tak dapat satua pom...pilihan last dan banyak kali kena fikir...buat lah pinjaman kepada PTPTN....hahahaha..tapi terus terang, saya sambung pengajian ini tidak membuat pinjaman kepada PTPTN...hutang masa degree pom tak berbayar lagi...tak sanggup nak buat hutang lagi...nak tumpu yang degree tu punye jea....yang penting nawaitu untuk bayar balik pinjaman masa degree tu ada!! kepada pihak PTPTN..jangan cari saya kat rumah...habis belajar ni saya dapat keja...saya bayar balik duit yang saya guna tu..cuma yang saya tak puas hati...kena bayaran tambahan bapak segala mahal... @___________@ ...lantak la...janji nawaitu saya akan bayar balik!! sebab apa..sebab saya tak nak bawak hutang kat akhirat nanti!!!! sekian....


harap-harap infomasi ini dapat membantu korang sedikit sebanyak bagi sesiapa yang nak sambung belajar yea..jangan risau..kalau kita niat dalam hati...kita nak sambung tapi tak nak menyusahkan mak ayah...insya Allah...ALLAH akan membantu..niatkan dengan ikhlas...ALLAH akan tunjukkan jalan...janji kita berjihad dengan betul dan ikhlas..kepada mak ayah..terima kasih bagi peluang along nak sambung belajar lagi...along sangat hargai pengorbanan mak ayah..yela..sepatutnya masa umur along sekarang ..tiap-tiap bulan kena bagi duit kat mak ayah...mungkin bukan sekarang..tapi akan sampai masanya...semoga ALLAH memberi peluang untuk along balas jasa mak ayah...=)






Hasil nukilan,

 Nady Kz..... =)

3 comments:

  1. memang kalau kita tanggoh bayaran ptptn masa degree dia ada kena caj tambahan ke?

    ReplyDelete
  2. nak tnya boleh x...boleh x beri email anda.

    ReplyDelete