Tuesday, August 9, 2011

CinTa ItU inDaH sAyAng....

ASSALAMUALAIKUM, alhamdulillah..nady kz masih mempunyai peluang untuk menulis dengan idea yang tiba-tiba datang masa dalam tidur tadi...heheheheheh~Click Me~

sebenarnya nady kz tidak tahu kenapa jari jemari halus bak seludang (apa hal mengarut tiba-tiba ni) masih mampu menaip walaupom jam menunjukkan 4.05 am....kantoi (actually, nady tak dapat tido yea)...kepala mengantuk bangat tapi mata gatal tak mahu lelap....Click Me~

sebenarnya nady kz takut dengan kewujudan "blog" inspirasi jiwa ini....bukan takut sebab tak famous...(sebenarnya memang tak famous pom) tapi takut kalau blog ini lebih membawa kelalaian dan keburukan kepada "teman-teman" yang sudi membaca blog yang usang lagi bersawang ini....

Oleh itu, nady kz ingin membawa sedikit "pengisian" yang insyallah..semoga berguna kepada "teman" pembaca dan juga nady kz sendiri dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan debu dan kotoran yang mungkin memberi kesan kepada jiwa kita semua....Click Me~


pada hari ini nady kz ingin memberi pengisian kepada anda semua tentang "cinta"....sekiranya para pembaca di luar sana telah merasai cinta..tentu anda semua tahu akan manisnya cinta itu...alhamdulillah...~Click Me~


memandangkan kita tahu konsep cinta ada banyak...iaitu cinta kepada pencipta kita, cinta kepada nabi junjungan kita, cinta kepada keluarga tersayang dan cinta sesama mahluk ...Oleh itu, nady kz ingin menghuraikan sedikit dengan lebih detail tentang "cinta sesama manusia"...(macam pakar motivasi pulak~ tapi versi Dato' nady kz~sekian) Click Me~


para pembaca yea,apabila kita mendapat cinta atau merasai cinta sesama manusia, apatah lagi cinta berlainan jantina (lelaki & perempuan) tentu konsep "dalam hati ada taman dan kebun bunga" digunakan...kenapa???? ini kerana cinta itu indah dan warna warni serta manisnya kita perolehi...alhamdulillah...~

tetapi ada sesetengah manusia yang apabila dikurniakan cinta dalam hati mereka ..cinta itu dibaja dengan kerosakan dan kehinaan...(ya ALLAH lindungi lah kami daripada perkara yang hina dan zalim)...bagi mereka, cinta ini ibarat "lesen" yang mana mereka boleh memberi keizinan kepada pasangan masing-masing untuk menyentuh atau memegang atau merasa atau sebagainya...wow!! begitu dasyat yea cinta ini....sehinggakan manusia sanggup jadi "hamba abdi" kepada cinta yang sia-sia...Click Me


nady kz memberi sedikit pendapat yang lahir dari hati kemudian turun ke jari untuk dikongsikan bersama para pembaca....alhamdulillah, kerana kita dipilih oleh ALLAH untuk merasai cinta sesama manusia...Click Me

oleh itu kepada pasangan kekasih diluar atau diri nady kz sendiri, cuba kita renungkan bersama apa yang kita lakukan sepanjang perjalanan hubungan cinta yang terjalin ini...cuba fikir sejenak...






5 minit later................................Click Me~ (cukup la, mengantuk nady tunggu korang berfikir) hahahaha~


macam nie yea, cuba hayati dengan teliti tentang penerangan nady ini......ok, (guna bahasa pasar tau)....macam nie la, kalau kita bercinta..jangan la buat semua "benda"...cinta nie bukan lesen weiii cik jah, cik gayah....cinta ini bukan busuk seperti taik ayam..cinta ini bukan kotor seperti sampah sarap tetapi cinta ni suci...!!! paham...??

apa yang nady maksudkan dengan "jangan buat semua benda" tu....ermm....nady bagi contoh sikit la yea...

1) jangan la pegang-pegang...sentuh-sentuh....(haram) @_@
2)jangan la main cium-cium (aku tendang kang)
3) jangan la buat tuuttttt (sampai lahir la baby dimana kemudian korang buang ke longkang, tak pon korang lempar dari bangunan atau sungai dan sebagainya)

*nady nak cakap sikit yea...korang ingat baby tu patung ke??? takde rasa sakit?? takde nyawa??? dah pandai buat ..pandai la jaga..ni tak, lepas dapat baby, buang..macam baby tu sampah sarap korang buat...kesian baby...kesian ='(

*korang jangan la buat semua benda ni...simpan la sikit waktu korang kawin nanti...bayangkan lah sekiranya korang dah buat semua benda masa bercinta (semua manisan dirasa) waktu bercinta...masa dah kawin nanti rasa tawar...percaya la...betul...(mak nady yang cakap)...so, simpan la sikit bekalan untuk kawin pulak....takde la tawar je waktu korang kawin nanti..yela sebab semua manisan dah dihabiskan waktu bercinta..tak tinggal sikit pom untuk masa kawin...hahahahahah~

*kepada yang telah terlanjur membuat perkara-perkara yang sia-sia dalam bercinta....mari la kita mentalbiah diri..sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN...tapi lepas mintak ampun jangan buat lagi.. kalau kita dah rasa bertaubat tapi buat lagi benda yang sia-sia...itu mainkan ALLAH namanya ...wanauzubillah






peringatan diatas bukan sahaja untuk korang tetapi lebih kepada nady kz (nasihat untuk diri sendiri) hehehee.....so, kepada nady kz ingat sikit..sebelum ko nak nasihat orang..nasihat dan baiki diri ko dulu....tu paling penting...!!!! Click Me~


terima kasih yea because sudi baca penulisan nady kz yang tak berapa indah dan biasa je ni.....Click Me~

No comments:

Post a Comment